Friday, December 31, 2010

Suami Isteri

Seorang suami baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.


"Kenapa ? " suami itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung suaminya itu lalu berkata," Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

suami pun itu membalas "Oh nak tinggalkan rumah ini?!!! baik!!!" separuh menjerit.

Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

"Kita nak pergi mana?" tanya suami itu kebingungan

Wednesday, December 29, 2010

Murid Yang Jujur

Pada..Suatu..Hari……
Ring..Ring..Ring..!!!!
Loceng sekolah berbunyi menandakan sesi pembelajaraan telah bermula…
BANGUN SEMUA…
SELAMAT PAGI CIKGU…
Cikgu Zul: Selamat pagi murid-murid… baik, siapa x dtg hari ni?
Mustaqim :  Baha & Mason cikgu…
Cikgu Zuli: ish2..tak de muka len ke asyik2 mereka bedua lagi…okeyh2.. hari ni kita akan belajar kenapa ayam bertelur dan kenapa ayam x beranak...
Baha & Mason : Assalamualaikum.. maaf cikgu kami terlewat lagi hari nie…
Cikgu Zul: haaa! da agak dah.. lewat lagi, so kali ni apa alasan kamu kali nie??
Baha : Maaf cikgu, pagi td saya bermimpi saya bwk motor. Sedang saya elok bawak moto tiba-tiba saya sedar yg saya ada kt US.. jadi saya patah balik.. tu yg saya lewat tu cikgu…
Cikgu Zul : hmm…. kamu plak Mason? apa alasan kamu??
Mason : Sebenarnya………erkk…………Haa!, saya naek moto skali ngan Baha la tadie…..hehehe……
HAHAHAA…!!!
Memang gila kamu bedua..!!kata Cikgu Zul;P






Tuesday, December 28, 2010

Soalan dan Jawapan

Situasi 1:
Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
“Tunggu bas ke?”
Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu kapal selam, lambat plak ari nie ye”


Situasi 2:
Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
“Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main gasing kejap, ko nak join tak?”


Situasi 3:
Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
“Aik? Tulis surat nampak?”
Jawab : “Oh ye ke? aku tak perasan ah…Tangan aku bergerak sendirila”


Situasi 4:
Anda sedang makan nasi dan orang tegur:
“Makan nasi?”
Jawab : ” Mata ko buta ke? Kan aku tengah minum kopi jantan ni”


Situasi 5:
Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya:
“Baru balik dari keje?”
Jawab : “Taklah, saya dari rumah,baru nak pi keje lah nie.
Rasa-rasa ok tak jawapan ni??
Related Posts with 
Thumbnails






Monday, December 27, 2010

Hospital Bahagia


Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang menulis sepucuk surat.
Nurse : Kamu tulis surat kat sapa?
Orang Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendirila....
Nurse : Jadi..apa yg kamu tulis?
Orang Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar baru la aku boleh baca....kwang3x...








Dilarang "KENTUT"



Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah 
orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu
sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang
hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini 
ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. 
Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan. Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”








Friday, December 24, 2010

Mat Rempit Sejati

Roslan seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa(fulltime). Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya(whilly) di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak-anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Roslan terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan stesyen minyak petronas. Akibat terkejut, Mak Joyah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Roslan telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Roslan sehingga tembus ke belakang tengkuk Roslan.
Bergegas Pak Ali ayah Roslan ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Ali bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Ali: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Ali: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Ali: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Ali: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Ali: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!!!







Pengetua yang Otak Kuning(18 sx)


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?


Abu: (berfikir) Kaki


Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?


Abu: Saku


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?


Abu: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?


Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?


Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?


Abu: Baik Cikgu


Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 


Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.


Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.


Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.


Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.


Abu: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Abu: Anak panah


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?


Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?


Abu: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.


Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?


Abu: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?


Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hohoho;p