Dollah ni amat lah tergila-gilakan Melor anak Pak Haji Dollah. Melor nie boleh lah tahan cun + ayu lagi dalam satu pakej. Dollah ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Mat bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Dollah ini pandai berlakon, depan Pak Haji Mat dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Dollah tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Pak Haji Mat masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Dollah dan Melor pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Mat pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Dollah dan Melor pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Dollah tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Mat. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Melor.
Maka, Pak Haji Mat pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Dollah pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Mat pun menegur menantunya Si Dollah tadi, "Hai Dollah kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Dollah Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Mat. Si Melor tersenyum sipu-sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Dollah ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...kantoi sudah....
haha, kan dah kantoiiii.
ReplyDelete