Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Zali Dan Nenek

Suatu malam Zali yang mabuk naik bas dan duduk di 
sebelahnya seorang nenek.Lalu si nenek memandangnya dari atas ke bawah, lalu
berkata kepada Zali itu,

"Hang tau tak, hang ni akan pegi neraka sekarang jugak!"

Zali yang tengah mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berenti pakcik,berenti..saya salah naik bas nie."


Sunday, January 2, 2011

Menantu Yang Bagus

Dollah ni amat lah tergila-gilakan Melor anak Pak Haji Dollah. Melor nie boleh lah tahan cun + ayu lagi dalam satu pakej. Dollah ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Mat bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Dollah ini pandai berlakon, depan Pak Haji Mat dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Dollah tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Pak Haji Mat masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Dollah dan Melor pun lewat jugak lah masuk tidurnya.


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Mat pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Dollah dan Melor pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Dollah tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Mat. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Melor.

Maka, Pak Haji Mat pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Dollah pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Mat pun menegur menantunya Si Dollah tadi, "Hai Dollah kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Dollah Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Mat. Si Melor tersenyum sipu-sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Dollah ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...kantoi sudah....



Friday, December 31, 2010

Suami Isteri

Seorang suami baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.


"Kenapa ? " suami itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung suaminya itu lalu berkata," Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

suami pun itu membalas "Oh nak tinggalkan rumah ini?!!! baik!!!" separuh menjerit.

Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

"Kita nak pergi mana?" tanya suami itu kebingungan

Tuesday, December 28, 2010

Soalan dan Jawapan

Situasi 1:
Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
“Tunggu bas ke?”
Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu kapal selam, lambat plak ari nie ye”


Situasi 2:
Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
“Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main gasing kejap, ko nak join tak?”


Situasi 3:
Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
“Aik? Tulis surat nampak?”
Jawab : “Oh ye ke? aku tak perasan ah…Tangan aku bergerak sendirila”


Situasi 4:
Anda sedang makan nasi dan orang tegur:
“Makan nasi?”
Jawab : ” Mata ko buta ke? Kan aku tengah minum kopi jantan ni”


Situasi 5:
Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya:
“Baru balik dari keje?”
Jawab : “Taklah, saya dari rumah,baru nak pi keje lah nie.
Rasa-rasa ok tak jawapan ni??
Related Posts with 
Thumbnails






Monday, December 27, 2010

Dilarang "KENTUT"



Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah 
orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu
sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang
hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini 
ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. 
Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan. Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”








Thursday, December 23, 2010

Goalkeeper dan bayi

Dlm satu kebakaran di tingkat 5, sorang wanita dan bayinya ter perangkap.Lepas tue,datanglah sorang penjaga gol dari Boca Junior…


Goalkeeper : Lemparkan bayi tu cepat...
Wanita :Tak nak...nanti saya takut awak terlepas!!!
Goalkeeper : Saya tak pernah miss dalam sambutan sepanjang kerjaya saya!!!(kata dia untuk menyakinkan lagi si wanita itu)

Wanita tu pun lempar dengan yakin, dan goalkeeper tu dapat meyambut dan menangkap dengan baik sekali…

kemudian dia meletak bayi tu ke tanah, dia mula mengundur beberapa langkah dan terus menendang bayi tu sejauh 80 meter...

Wanita: Waaaaaaa......anak aku.......!