Saturday, January 29, 2011

Kantoi

Suatu Hari ,,masa periksa....Bahasa Melayu....Ali tiru rakan sebelah....Sir Rahman tangkap dye...dan tanye..."napa ko tiru?...Taw x nie bersalah?"...
Ali: BKn salah saya lah sir Rahman....Kertas preksa tuh yg kata..."LIHAT SEBELAH"


Monday, January 10, 2011

Kedai Burung

Di kedai Pak Salleh menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang Zainal ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada Pak Salleh... 


Zainal: Berapa harga burung kakak tua ini??

Pak Salleh: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.


Zainal: Ahhh?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

Pak Salleh: Yaa. Memang berbeza,yang berharga RM500 tu sekadar penyanyi jer manakala yang berharga RM1000 itu ialah (komposer)pencipta lagunya.


Sunday, January 9, 2011

Zali Dan Nenek

Suatu malam Zali yang mabuk naik bas dan duduk di 
sebelahnya seorang nenek.Lalu si nenek memandangnya dari atas ke bawah, lalu
berkata kepada Zali itu,

"Hang tau tak, hang ni akan pegi neraka sekarang jugak!"

Zali yang tengah mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berenti pakcik,berenti..saya salah naik bas nie."


Sunday, January 2, 2011

Menantu Yang Bagus

Dollah ni amat lah tergila-gilakan Melor anak Pak Haji Dollah. Melor nie boleh lah tahan cun + ayu lagi dalam satu pakej. Dollah ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Mat bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Dollah ini pandai berlakon, depan Pak Haji Mat dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Dollah tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Pak Haji Mat masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Dollah dan Melor pun lewat jugak lah masuk tidurnya.


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Mat pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Dollah dan Melor pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Dollah tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Mat. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Melor.

Maka, Pak Haji Mat pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Dollah pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Mat pun menegur menantunya Si Dollah tadi, "Hai Dollah kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Dollah Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Mat. Si Melor tersenyum sipu-sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Dollah ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...kantoi sudah....