Cerita bermula disini…..
Pada suatu harie,Lan nie kan suka sangat ponteng solat Jumaat. Sebaliknya lan masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.
Dia sangat terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu lan tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan…KRAKKKKkkk!
Kedua-dua kakinya patah.
Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk lg… Yang Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
“Ya Allah,” doa Lan ,”Ampunilah dosaku kerana ponteng solat jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini…
Ampunilah aku Ya Allah …makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman.. tolong Ya Allah! Aminnn..”
Tiba-tiba guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.
Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit…HARIMAU tersebut pun berdoa,“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! ” Hua3..;D
Wallahulam…
No comments:
Post a Comment